Teman,
hati ini..
masih lagi..
berdarah..
dan luka itu telah menjadikannya sekeras kerikil..
tak mungkin akan lembut lagi dengan kepulanganmu kali ini..
itu janjiku..
wahai teman.
andai kau ingin pulang kali inisilakan..
dengan senyuman ku sambutmutapi hatiku tak mungkin tertawan lagi..
takkan ku biar ia mendekatimu lagi..
selamat tinggal..
teman..
“Eh,Iman,kau ingat kau pandai sangat ke berforum?Harapkan belas cikgu jer,pelajar kesayangan cikgu lah katakan!!Maklumlah mak ayah kau orang berada....”bentak Sofea.
“Sofea,bukan sebab tu.Mesti cikgu dah tapis sebelum buat pemilihan..”ana menafikan tuduhan yang tidak berasas itu.
“Alah,aku lebih layak daripada kau lah Iman!Tapi tetiba jer,cikgu pilih kau! Aku tak puas hati tau..Biasala dunia,memandang pada yang berharta jer..”
“Tapi….”
“Pelik!!Aku tahu kau ni terkenal kat smkb ni sebab ada bro jer kat sekolah..Sebab tu,dapat jadi pengawas,.Kalau tak ada cikgu Suzan tu,jangan harap kau dapat jawatan macam ni..Nak harapkan bakat kau,hampehsss…”
Sofea terus bertindak berani melemparkan tuduhan yang dicipta oleh mindanya. Semuanya satu sangkaan semata-mata. Malah, dihamburkan dengan kata-kata berbaur fitnah yang menyakitkan. Dia cukup cemburu dan curiga. Baginya, ana lah punca dirinya tak terpilih dalam pemilihan itu.
“Dah la!!Aku tak nak dengar.Dah nasib badan dapat kawan macam ni.Baik aku pergi buat homework daripada layan kau,ayam tambatan cikgu!!”
Sampai hati kau Sofea!!Kejujuran yang ana harapkan,ini yang kau beri.Sakit,pedih,itulah yang ana rasa.Tak mengapalah, ana yakin Allah sengaja datangkan semua ni untuk mengujiku.Ujian itu tanda sayangnya Allah padaku..
“Iman,anti menangis..?"sapa Zulfa,sahabat karibku.
''Untuk apa ana menangis, bukankah anti selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.''
''Habis, mata enti berair?"
"Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair. Ana tersenyum...
"Ana tahu enti menangis.."ujar Zulfa lagi..
“Dah la Iman,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Ana tahu,betapa peritnya hati apabila dikhianati oleh kawan sendiri.Tapi anti harus bersyukur,tuhan telah membuka pintu kebenaran.Tak guna teringatkan perkara tu lagi.Let by gone be by gone. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.Cuba fikirkan Iman,mengapa pahit akan disebut dahulu sebelum manis?Adakah kerana pahit itu indah? Atau mungkinkah pahit itulah yang akan mendewasakan kita?”Zulfa bersuara tegas..
Ya,memang pedih dikhianati oleh kawan sendiri!!Apatah lagi,kawan yang kita anggap boleh berkongsi segalanya,makan sepinggan,tidur sebantal.Memang sedih,tapi ni bukan lapis yang paling akhir.Betul lah apa yang dikatakan oleh Nabi junjungan kita Nabi Muhammad swt semasa perang Badar ..Semua pengikut² nabi Muhammad swt berkata padanya bahwa perang badar adalah perang yang sungguh dasyat,tapi Nabi Muhammad swt berkata tidak..Perang badar tidak hebat kerana ianya tidak sehebat perang hati!!!Perang yang terlalu dasyat adalah kita berperang dengan hati dan perasaan sendiri.Hanya siapa yang mengalami akan merasai...
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
Ya Allah..
Hanya Kau yang tahu perasaan ku ini.
Temanilah akalku dlm membuat satu pertimbangan,
temanilah hatiku sentiasa,
agar aku tidak akan mudah kecewa
kerana perilaku manusia terhadapku..
Mudah-mudahan akan adanya ruang utk diriku
merasa kebahagiaan dan ketenangan itu ya Allah..
Kekalkanlah keikhlasan yg betapak di hati ini ya Allah..
Ameen..
“Terima kasih Zulfa.InsyaAllah,ana tak kan terikut-ikut dengan perasaan ni.Yang dah berlalu,ana akan jadikannya teladan supaya tidak tersilap memilih sahabat lagi.Moga redha hadir dalam hati.Meresap bersama roh iman.Bukan terus meniti dilorong penuh suram.”senyum berputik di bibir.
Sahabat,
walau peristiwa itu dah lama berlalu....
tapi luka yang kau guriskan telalu dalam....
walau ucapan dibibir aku telah memaafkan dikau ..
tapi untuk melupakan apa yang telah berlaku terlalu sukar sahabat....
aku pernah bahagia mengenalimu..
namun aku pernah sengsara atas sikapmu....
walau kini jiwaku bebas dari derita itu...
tapi mengenangkannya membuat hatiku sabankali merintih..
sahabat..
moga segalanya luput..
sekosong hatiku yang pernah karam...
tiada harapan yg menjanjikan apa-apa buat kita...
itulah gambaran hati aku...
moga dikau bahagia....
sahabatku...
-bingkisan hati nur islam -