Friday, December 19, 2008

Anda Ingin C A N T I K ??

  • Anda ingin lebih cantik dan menarik??
  • Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
  • Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  • Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
  • Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  • Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
  • Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
  • Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
  • Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

*petikan dari e-mel yg dikirimkan oleh seorg sahabat ana..^__^

Thursday, December 11, 2008

s W e E t ~13~


Puji-pujian buat-Mu Tuhan...
Lantaran menjadikan aku seorang muslimah
seorang perempuan,
seindah kejadian..
13 tahun sudah bermusafir di dunia,adakah sedar bahawa akan pulang kepada-Nya?
Hidup di dunia akan ditanya,Adakah diisi dengan sebaiknya,Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah aku hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya...
Hmmm, alangkah jahilnya diri,
alangkah kerdilnya,alangkah hinanya,
namun...kenapa masih lalai?

kenapa masih ingkar?

kenapa??

kenapa??
Wahai diri,
Yang digubah dengan kekuatan perasaan,

Diri..
Tentu dirimu menyedari bahawa,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,..
Oleh itu diri,
tekadkan keyakinan,
carilah reda Tuhan,
Dengan sebaik-baik amalan..
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,

.Tinggallah diriku di dunia..

anak ummi & abah,

sebagai muslimah yang solehah ...


bangkitkan semangat nama mu diri,
AKU kena ingat,nama AIDA HAYATI itu simbol azamku,
yang bermaksud HIDUP YANG BERUNTUNG,
bukan hanya sekadar hiasan pelekat,
tapi kata keramat!!!!!


‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan alah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).’ (QS At-Taubah: 59)





Umur makin menganjak, setapak ke belakang ke alam kubur. (^__^)

~nur iman & nur islam~

Monday, December 1, 2008

c O u P L e







Maaf andainya terkasar bahasa... untuk pengajaran bersama... Andai ada yang terasa maaflah... Sekadar p'kongsian bersama... Saling ingat mengingati...

Antara perkara yang ber"manfaat" daripada ber'couple' ;

1) Seronok (dapat fitnah)...

2) Seronok (dapat dosa)...

3) Seronok (dapat geng dengan syaitan)...

4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...

5) banyak habis duit (lebih baik guna untuk bersedekah)...tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung stp bulan...

6) Banyak risau (takut awek orang lain kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating...tak pulak risau!)...

7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dengan awek...kita sebagai muslim patutnya banyak mengingati MATI yang boleh datang pada bila-bila masa)... Lebih mengutamakan awek daripada orang lain (hidup dalam dunia sendiri, dia dan awek dia sahaja....yang lain dah tak kisah.)...

8) Menepati masa dan janji (takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...

9) Lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada saham PAHALA...


Hasil daripada pengalaman/pemerhatian/kajian ana terdapat beberapa sebab yang menjadi PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi :

1) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu lah dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak (Nauzubillah !)... pada pendapat mereka, keluar dating di khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... So tak apa lah dosa pun sikit saja. Nanti dah kahwin settle dan taubat lah. Ana bab ini yang payah nak jawab...ada saja alasan dia orang untuk melepaskan diri. orang kata kalau dah nak buat tu memang macam2 helah. Kita nasihat agaknya sini dia corner agaknya lain. banyakkan bersabar dan teruskan usaha kita insya-Allah lama2 dia akan sedar...
2)Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve. Hasil daripada pentarbiyahan Islam yang tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner...maka terjadinya perhubungan(kawan-kawan) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada setengah ibubapa dengan selamba kata,"Tak apa lah dia orang dah besor... dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior lah". Betul juga kata ibubapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu lah menilai yang baik dan yang buruk...tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh abaikan...
3) aaaaa..... ni paling memalukan kaum lelaki.... lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik semangat untuk kacau awek. Mula2 perasan yang awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul-betul... ye lah dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat', awek tu pun accept lah mat tu. Ada juga awek yang manja sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yang awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka dianjurkan pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yang tak kena. Pada kaum Adam pula, jangan la perasan cepat sangat....

4) Fakta yang kesepuluh ini cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain....ngam ke tak ngam sebelum berjanji untuk sehidup semati...

5) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dalam bab meng'ayat' awek...lelaki ni biasa lah EGO..... ego tak kena tempat...
Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh menghalalkan cara. yang haram akan tetap haram, sebagaimana hadith Rasullullah...

Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(RA): Sabda Rasulullah(SAW) ;
"Sesungguhya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata...dan di antara keduanya ada kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari segala kesamaran, maka ia memuliakan agama dan kehormatan bagi dirnya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, maka jatuhlah ia seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan..." (Mutafaq 'alaih)